Thursday, 28 February 2019

ASMA KETIKA MENGANDUNG


Mengandung ketika mengalami asma bukan suatu perkara yang mudah. Ianya sangat mencabar bagi mummy yang mengalami situasi ini.

Asma yang dikawal dengan baik tidak mendatangkan mudarat kepada ibu atau anak yang dikandung, berbanding dengan asma yang tidak terkawal.

Dengan rawatan yang betul, kebanyakan pesakit asma semasa mengandung boleh menjalani proses mengandung dan melahirkan bayi yang sihat.

Asma yang tidak terkawal boleh mengakibatkan oksigen kepada ibu dan bayi terjejas seterusnya komplikasi semasa mengandung dan kelahiran yang tidak memuaskan. Untuk ibu, kesan asma tidak terkawal termasuk:

❌Tekanan darah tinggi
❌Kelahiran pramatang
❌Kematian ibu

Untuk bayi, komplikasi asma tidak terkawal adalah :

❌Lahir mati (stillbirth)
❌“Fetal growth retardation”
❌Kelahiran pramatang
❌Berat badan yang rendah

Beberapa langkah di persekitaran yang boleh memburukkan asma dan mencetus serangan perlu ditangani. Ini termasuklah:

➡ Menghindarkan dari allergen yang diketahui mencetus serangan
➡ Membasuh dan menukar cadar dan sarung bantal secara berkala kerana ini akan mengurangkan pembiakanan hama
➡ Jauhi asap rokok

Asma yang tidak terkawal boleh memudharatkan ibu dan bayi. Harus diingat bahawa risiko asma yang tidak terkawal adalah lebih berbahaya jika dibandingkan dengan kesan sampingan pengubatan asma.

Pesakit perlu berbincang dengan doktor mengenai ini sebelum mengandung lagi. Doktor harus diberitahu jika pesakit mengandung.

Rawatan susulan secara berkala untuk menilai simptom dan perawatan asma adalah perlu sepanjang waktu mengandung untuk memaksimakan kawan asma supaya tidak berlaku komplikasi.

Semoga bermanfaat. 😊

Sumber : PORTAL MyHEALTH

#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

SETIAP HARI ADALAH HARI BARU

Setiap hari adalah satu hari baru buat kita. Walau cerita semalam penuh suka dan duka, cerita hari ini adalah pilihan kita mahu yang macam mana.

Apa sekali pun kita berbuat perkara baik harini, tetapkan setiap langkah kita sebagai niat kerana Dia, tanggungjawab kepada keluarga dan sebahagian dari ibadah kita dalam menjalani kehidupan.

Bila kita berbalik kepada semua di atas, hati akan tenang dan InshaAllah jalan untuk setiap masalah terbuka untuk kita selesaikan dengan izin-Nya.

Assalammualaikum. ❤️

Nenas, Mamajuju 🍍

Wednesday, 27 February 2019

LET IT GO... LET IT GO....

Bila ada pekerja yang suka faham dan melihat sesuatu perkara secara end to end walau partnya sebahagian sahaja. Yang jenis macam ni suka membantu walau bukan kerja dia di atas kapasiti for the sake of company overall dan memudahkan pelanggan tanpa terlalu memikirkan internal issue.

Tapi apa risikonya?

Bila niat sekadar membantu, sekiranya terdapat issue di masa hadapan, possibility dipersalahkan itu ada. Ini dunia, tak semua orang faham dan boleh berlaku adil pada kita. Kadang memang 'darah semangat syarikat' yang mengalir dalam diri yang membuatkan pekerja sebegini tak terlalu memikirkan risiko yang bakal dihadapi.

Macam mana nak overcome?

Belajarlah untuk filter yang mana within job scope kita dan bantu untuk channel ke mereka yang sepatutnya. Dan belajar untuk let go. Walau dalam kepala kita macam2 persoalan, tapi kita perlu let go dan terus fokus kerja yang patut kita fokus. Biar mereka yang sepatutnya buat.

Sebab esok2 kita 'sakit' & 'mati' tok adi tanah kubur pun tak larat nak 'tanam perangai' ko banyak kali. 😂

JANJI DUNIA


Mengharapkan janji manusia memang selalunya lebih banyak kecewa. Tetapi jika kita redha dengan jalan yang ditentukan oleh-Nya, kita takkan pernah tahu hikmah di sebalik yang berlaku.

Faham jika kita mahu meratap segala kekecewaan. Namun dunia kita bukan berhenti di situ sahaja. Bangkit dan cakap pada diri, " Aku akan cuba sedaya upaya menerima dan melakukan yang terbaik."

Dan mana mungkin apa yang ditentukan Dia akan memudaratkan kita? Dia Maha Mengetahui segala-segalanya.

Assalammualaikum. ❤️

Nenas, Mamajuju 🍍

Tuesday, 26 February 2019

FOOD REVIEW : RENDANG DAGING FIEDA


Makan apa tu? Keee gantung kuali atau pening nak masak apa?  Meh tengok kita review rendang daging fieda ni.

Dengan siapa korang nak order, boleh tekan link kat bawah ni okay? 🤗

"ORANG KATA ANAK YANG ADA DUA PUSAR KAT KEPALA NI BESAR NANTI DEGIL, BETUL KE ??"


Adil ke bagi anak itu kalau kita menilai dia berdasarkan pusar kat kepala tanpa kita kenali dia betul-betul?


Mitos ni dah sebati dengan masyarakat kita sebab sesetengah orang anggap anak yang ada dua pusar dekat kepala ni degil, keras kepala, kuat memberontak dan selalu buat masalah. Susah sebenarnya kalau kita dah set dalam kepala anak dua pusar ni confirm buat masalah nanti sehingga kita sebagai ibu bapa tak nampak kebaikan dan keistimewaan anak hanya kerana mitos ini. 

Menurut National Human Genome Research Institute yang banyak menjalankan kajian tentang genetik dan genomic manusia, dekat dunia ni hanya 5% sahaja manusia yang ada dua pusar dekat kepala dan ini berkaitan dengan gen manusia. 

ANDA PERCAYA KE?

Sebagai seorang Muslim, anak-anak ni kan macam kain putih so mummy dan daddy lah bertanggungjawab didik mereka jadi sorang yang baik dan berguna. Bila gagal didik anak-anak tak adil nak letak kesalahan dekat mereka 100% kait pulak mitos dua pusar ni. Anda kena tahu bahawa sifat fizikal tak tentukan tingkah lakunya.

Mummy dan daddy kena faham beberapa perkara mengenai anak anda :

✅ Perkembangan anak anda 
✅ Perangai & "angin" anak-anak anda
✅ Kena perhatikan kecenderungan anak anda
✅ Mummy dan daddy kena sepakat didik anak, tetapkan peraturan dan jangan salah seorang amalkan sikap lepas tangan.
✅ Jadi role model atau idola kepada anak-anak anda. Kalau anda tunjukkan nilai dan sikap yang positif baru anak anda boleh berkembang dengan baik. Kalau negatif yang anda tunjuk negatif lah anak anda nanti.

Setiap anak yang lahir di dunia ni ada keistimewaan dan kebaikan masing-masing. Sebagai ibu bapa anda perlu didik mereka dengan tegas dalam masa yang sama penuh kasih sayang. Tak adil nak hukum mereka sebab pusar dekat kepala. Hapuskan mitos ni dan berdoa selalu untuk kebaikan si anak.

Semoga bermanfaat. InshaAllah kita semua adalah ibubapa yang baik untuk anak-anak kan? 🤗

#Asmak #WeAreFamily
#AnakSihatHatiTenang #GoNaturalForABetterLife #StokisAsmakGombak 
#MinyakHerbaAsmak

Monday, 25 February 2019

" TAK SENANG DUDUK MACAM NI, NAK TIDUR PUN TAK BOLEH MENGENANGKAN NASIB SI KECIL"

Bila anak tak sihat ni, merupakan satu cabaran besar untuk mummy dan daddy di luar sana. Bukan senang nak jaga anak ketika dia tak sihat. Selsema merupakan salah satu penyakit yang selalu menyerang bayi mahupun kanak-kanak. Bila kena selsema, anak anda mesti hadapi masalah nak tidur lepas tu meragam & mengganggu ketika meyusu. Ini merupakan satu cabaran untuk mummy dan daddy.

Selsema ialah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca daripada pelbagai jenis virus. Selalunya, ia merebak apabila seseorang yang menghidap selsema itu bersin dan menyebarkan virus selsema ke udara sebelum dijangkiti individu lain.

Ia juga boleh disebarkan melalui sentuhan tangan, jadi sebaik-baiknya basuh tangan selepas menghembus hidung. Bayi lebih kerap dijangkiti selesema disebabkan mereka dilahirkan dengan sistem imuniti yang hanya berfungsi sebanyak 60 peratus. Bayi yang sakit mungkin akan menghidap demam (sehingga 38 darjah Celsius), batuk, mata merah, sakit tekak dan hidung berair yang membuatkan mereka meragam dan hilang selera makan.

Untuk elakkan bayi anda terkena selsema, menyusukan bayi satu daripada cara terbaik melindungi bayi terutama pada bayi yang masih diberikan susu ibu. Jauhi bayi anda dari asap rokok sebab asap rokok tu salah satu punca bayi anda selsema. Jangan bagi sembarangan orang cium atau pegang bayi anda. Kedekut sikit takpe sebab kesihatan bayi lagi utama.

Kalau selsema bayi anda makin teruk bawa segera jumpa doktor takut dijangkiti virus berbahaya. Jika bayi menghadapi masalah hidung tersumbat tanpa sebarang simptom lain, periksa lubang hidungnya kerana dikhuatiri ada objek asing kerana bayi atau kanak-kanak kadangkala memasukkan objek asing ke dalam hidung.

Semoga bermanfaat. 🤗

#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

DARI PELANGGAN KEPADA KAWAN

Di awal peringkat mendapat pelanggan, biasakan dengan permulaan encik atau puan.

Kita ibaratkan diri kita sebagai seller seorang customer service atau product consultant.

Mewujudkan rasa hormat di awal perkenalan membolehkan pelanggan mula selesa dengan kita.

Jika pelanggan mula mempercayai kita, dan mula lebih selesa dengan meminta kita memanggil dengan nama, mungkin ini selangkah ke hadapan untuk lebih dekat dengan pelanggan sebagai kawan.

Assalammualaikum. ❤️

#Asmak #WeAreFamily #AnakSihatHatiTenang #BackToBasic

Sunday, 24 February 2019

REVIEW TAUHU BERGEDIL SEDAP


Jom kita review tahu bergegil by #rarakithenz. Dah few times beli tapi tiap kali beli dah brapa ketul makan baru teringat nak buat video. 😂

Dengar review je eh. Abaikan kening tak berapa nampak, hidung kembang semangkuk dan juga muka polos tanpa sebarang makeup. Tu kata guna #KaisaSkinCare. Eh?? 😅

Dah kata duduk rumah, nak make up apa kes? Satu lagi sebab dah kebulur tak tahu nak makan apa. Huahuahua.

So...enjoy! Kalau suka nak cuba, boleh dm FB Farakiela Anuar atau follow ig @rarakitchenz


#Brunch
#weekendvibes
#FoodReviewByMamajuju

UNTUNG ATAU PEMBAZIRAN?


Bila berbisnes memikirkan untung itu perlu. Tetapi bukan dengan cara menjual kepada pelanggan barang yang mereka tidak perlu.

Kerana jika pelanggan membeli dan akhirnya merasakan ianya suatu pembaziran, tiada nilai yang usahawan itu tambah di dalam hidup pelanggan.

Nak cari keberkatan dalam bisnes, hal sekecil ini pun perlu dititikberatkan.

Assalammualaikum. ❤️

Nenas, Mamajuju 🍍

#Asmak #WeAreFamily #AnakSihatHatiTenang #GoNaturalForABetterLife #SelfReminder #TipsBisnes #backtobasics

Wednesday, 20 February 2019

CERITA RESDUNG SUAMI

Dulu masa husband kita ada resdung teruk, tiap-tiap pagi mesti bersin. Bersin bukan biasher-biasher. Naik bergegar kepala, dengan kepala kita sekali ikot bergegar sebab kuat tau bersinnya.

Dah mood pergi keje jadi ke laut sebab kepala jadi berat. Belum kira kalau datang pakej sakit kepala atau migrain. Dengan hidung berairnya. Manjang tenyeh-tenyeh hidung sebab gatal.

So suruhlah husband makan kapsul herba asmak herbs. Kita pun monitor lah dalam 2 minggu macam tu. Lama-lama memang perasan dah tak ada bersih kuat-kuat macam dulu. Then kalo dia makan udang sekarang tak nampak dok tergaru-garu hidung.

Alhamdulillah, sekarang pun makan bila perlu je. Tu pun kurang sangat amek. 😍


#Asmak #WeAreFamily #AnakSihatIbuTenang #GoNaturalForABetterLife #SayaGunaSayaJual

UBAT BATUK UNTUK IBU MENGANDUNG : TAK BAHAYA KE ?

Kebiasaannya kalau orang biasa macam kita ni kalau batuk je mesti cari ubat batuk. Tapi macam mana pula dengan ibu mengandung? Ni special kes sikit. Nak minum ubat batuk risau effect dekat bayi dalam kandungan.

Menurut Sistem Kesihatan Universiti Michigan, adalah lebih baik anda elak semua ubat-ubatan semasa 12 minggu pertama kandungan sebab masa ni merupakan waktu kritikal untuk perkembangan organ janin anda. Kalau anda nak ambil sebarang ubat tak kisah lah ubat apa pun dapatkan nasihat doktor dulu.

Antara beberapa ubat-ubatan yang telah dikategorikan sebagai selamat selepas usia kandungan mencecah 12 minggu adalah:
✅Minyak angin untuk dada, dahi dan bawah hidung
✅Ubat batuk atau ubat hisap
✅Ubat demam atau Panadol
✅Ubat tahan sakit atau muntah

So kalau mommies di luar sana batuk ketika mengandung, apa yang mommies perlu lakukan adalah rehat dengan cukup, minum banyak air dan kumur air garam jika anda batuk dan sakit tekak.

Jika sakit anda semakin teruk, anda boleh cuba:
➡ mandi air panas
➡ makan sup ayam
➡ campurkan madu, halia dan lemon dalam air panas
➡ gunakan pek sejuk atau suam pada dada

Semasa anda mengandung, salah satu perubahan yang akan anda hadapi adalah sistem imunisasi badan menjadi lemah.
Sistem imunisasi yang lemah akan menjejaskan kesihatan anda dan boleh memberi kesan kandungan anda.

Walau bagaimanapun, anda boleh cuba untuk mengelakkan diri dari mendapat jangkitan dengan melakukan perkara-perkara ini setiap hari:
✅Kerap basuh tangan dengan betul
✅Tidur yang mencukupi
✅Makan makanan yang seimbang
✅Jauhkan diri dari keluarga atau rakan yang sakit
✅Bersenam
✅Kurangkan stress

Walaupun, ubat batuk untuk ibu mengandung tak berbahaya, anda tetap perlu berhati-hati sebelum mengambil apa-apa ubat. Sentiasa minta nasihat doktor sebelum anda makan apa-apa ubat. Cara yang mudah dan selamat untuk anda adalah dengan mengamalkan rawatan semula jadi dari rumah dan hanya mengambil ubat jika anda betul-betul memerlukannya.
😊

kredit : TheAsianParent.com

#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

BE INTERESTED NOT INTERESTING

Nak buat orang percaya nak beli produk kita bukan perkara mudah. Tapi ada yang dipermudahkan terutamanya teman rapat walau tak semua. Bergantung kepada keadaan.

Perlu diingat menjual bukanlah perlu terlalu mendesak. Makin dikejar dan dipaksa, takut-takut pelanggan makin jauh dan lari.

Gunakanlah pendekatan minat kita mendengar cerita dan masalah yang pelanggan hadapi sebelum memulakan langkah menjual. Ini akan membuat pelanggan rasa dekat dan dihargai.

"BE INTERESTED NOT INTERESTING."

Assalammualaikum. 🍍

#Asmak #WeAreFamily #AnakSihatIbuTenang #SelamatBerbisnes

Tuesday, 19 February 2019

WAKTU YANG SESUAI UNTUK BERSENAM


Waktu yang sesuai bersenam, pagi keee petang? 🤔

Korang suka bersenam bila? Ke bersenam sambil makan ke cemano? 😅

Dari sumber yang Mamajuju baca yang sebenarnya kita bebas bersenam pada waktu yang kita rasakan sesuai bergantung kepada gaya hidup masing-masing. Ye laa kadang masa kita bekerja atau menjalankan urusan harian tu berlainan kan?

Ada yang suka waktu pagi sebab udara fresh & otak pun rasa segar je. Semangat tu pun lain macam. Tapi tak semua dapat melakukannya especially pada hari kerja. Kalau dapat pun, waktu mungkin terhad.

Tak kurang juga yang memilih waktu petang atau malam selepas kerja. Cuma waktu begini kena ada extra effort untuk memaksa diri. Maklumlah kalau dah penat seharian tak kira yang bekerja atau surirumah, mulalah rasa liat & mengelat je bila buat workout tu betol tak? Hihihi..

Tak kisahlah waktu mana pun. Janji korang selesa. Lebih baik ada dari tak ada ye tak? Buat santai-santai sambil tengok tv dengan anak-anak pun ok je. Banyak sekarang video-video home workout yang boleh diikuti. Nak dengan tak nak ajer..

Coach Mamajuju selalu pesan workout paling malas, buatlah 5 set jumping jack + squat sebanyak 10x. Ini semalas-malas workout kalau tak nak sangat buat menda lain. Tapi ikotlah kemampuan badan masing-masing. Pelan-pelan kayuh, lama-lama dapatlah rentaknya.

Mamajuju selalu pegang pada kurus tu bonus dan akan seiringan bila kita workout dan kawalan pemakanan. Yang penting badan sentiasa fit dan cergas. Maklumlah macam kita dah mak-mak ni tenaga nak kena sentiasa ada.

Nenas, Mamajuju 🍍

#fitmalaysia
#fitwithmamajuju

Monday, 18 February 2019

CLOSE SALE DENGAN WASAP VOICE RECORDING

Apa bezanya kalau kita berkomunikasi dengan cara menaip atau bercakap dalam wasap guna voice recording? Nada suara dan emosi masa berkomunikasi.

Dulu Mamajuju suka juga menaip dalam wasap setiap kali explain pasal produk yang dijual. Tapi lama-lama tu sendiri rasa macam personal touch dengan customer tu tak sampai. Ada juga customer yang selesa untuk kita call terus je kan? Yang mana tak tu, kita boleh menggunakan pendekatan voice recording. 

Setiap kali customer bertanyakan tentang produk yang korang jual, cubalah sesekali bertukar cara dengan wasap voice recording ni. Instead kerja copy & paste aje apa-apa ayat jualan yang diberi, masa ni la kita nak asah skill kita bercakap dengan yakin tentang produk yang kita jual. 

Walau tak semua, tapi percayalah bila customer dengar suara kita dan cara penerangan kita yang jelas dan menyakinkan, tak mustahil dari satu barang dia beli, boleh grab terus apa-apa set kombo. 

Kalau dah sakan guna wasap voice recording tu janganlah komunikasi kita menjadi terlalu mendesak. Bila berbisnes jangan sampai menjual barang yang tak diperlukan customer hanya kerana kita nak mengaut untung semata-mata. Kalau betul nak ikot syariah compliance, semua tu perlu diambil kira. Bak kata omputih tu, "Just go with the flow." Jangan gelojoh boleh tak?

Sebagai contoh dalam 5 yang approach kita untuk membeli, InshaAllah 2 akan cuba menambah produk walau hanya trial set jika cara pendekatan yang kita gunakan tu betul. Yang paling pentingnya janganlah gugup masa explain tu sebab korang sedang cuba gain customer trust untuk beli produk. Kita treat  customer sebagai kawan supaya mereka rasa dekat dengan kita. 

Janganlah risau pasal suara sedap ke tak sedap. Bukannya suruh menyanyi. Huahuahua.

Cuba tau. InshaAllah luas rezeki korang semua.  

JALAN YANG KITA PILIH

Selalu kita diberi kata-kata semangat untuk dijadikan sebagai pendorong ke arah kejayaan.

Yang bergerak dan mengusahakannya adalah diri kita sendiri. Keadaan sekitar adalah push factor untuk kita lebih ke hadapan.

Doa dan restu orang2 yang tersayang juga memainkan peranan. Kerana itulah bukan hanya hubungan baik dengan Allah sahaja perlu kita jaga, malah dengan manusia juga sudah menjadi kemestian.

Janganlah merasa apa sahaja yang kita kecapi hari ni, hanya kerana diri kita seorang sahaja tapi ada hati-hati yang mendoakan dari kejauhan.

Memilih untuk berjaya atau sebaliknya ada di tangan kita sendiri. Alangkah sayangnya jika kita memilih untuk membinasakan diri kita sendiri. Peluang tak selalu datang. Selagi ada, ambillah kerana kita takkan pernah tahu itu mungkin peluang terakhir kita.

Assalammualaikum. 🍍

Sunday, 17 February 2019

NAK BAGI SIHAT VS NAK BAGI KENYANG

Bila berwasap dengan salah sorang sahabat. Bercerita perihal bisnes. Background kami berbeza. Sorang nak bagi orang sihat, sorang lagi nak bagi orang kenyang. Tapi kami jelas dengan matlamat yang nak dicapai.

Nak buat bisnes apa pun pastikan kita ada BIG WHY yang jelas. Apa yang MENDESAK kita nak berbisnes. Sebenarnya sebagai permulaan fokus pada yang satu pun dah memadai. Asal KONSISTEN. Fokus kepada kejayaan2 kecil sebelum ke arah yang lebih besar. Jangan tamak boleh tak? 

Jangan terlalu ghairah nak buat semua benda sampai akhirnya semua keciciran. Buat sehabis baik mengikut kemampuan kita. Kenalpasti apa kekuatan kita. Biarlah apa yang kita fokuskan tu sampai dalam jiwa. Bukan sekadar tangkap muat je. 

Kepercayaan orang juga perlu diraih. Jangan ingat yang tak like post kita tak memerhati. Dan jangan sampai migrain kawan tu tengok apa benda yang kita nak jual sebenarnya ni? Kalau migrain, bolehlah sapu minyak asmak sattttuuuuu. 😂

Nota kaki: Korang kalo mencari tauhu bergedil, boko ubi, puding caramel sedap, boleh berkenalan dengan sahabat bisnes Farakiela Anuar yang menjalankan misi nak bagi orang kenyang. Aku pun terjebak sekali kadangkala. 😂😅❤️
 
#TipBisnes  
#BudakBaruNakUpJugak  
#SharingIsCaring

Saturday, 16 February 2019

TERDESAK TAK NAK CARI SALES TU?

Bila buat bisnes, macam mana saya decide nak serius? 

Tanya diri betapa terdesak saya nak dapat sales?

Bila tengok muka suami, bayangkan suami sehari suntuk keluar mencari rezeki tapi tak senang-senang.

Bila tengok anak-anak, cukup tak duit nak beli keperluan susu, pampers? Dah cukup terbaik ke saya berikan untuk anak-anak? Sesekali anak teringin yang mereka suka, dapat tak kita penuhi?

Sebagai anak, dah besar sekurang-kurangnya RM100, tak rasa ke nak bagi dekat mak bapak kita? Dekat adik-beradik saudara-mara sesekali belanja makan? Sedekah yang paling baik adalah memberi makan kan?

Carilah hal yang mendesak untuk convert perasaan kepada duit. 

Melainkan kalau korang ni jenis tak ada perasaanlah. Tak dapek den nak nolong haaaa..

KEJAP-KEJAP HILANG SEDAR-SEDAR JE DALAM MULUT DIA DAH.

Kadang si kecil ni mudah obses dengan benda yang mudah menarik perhatian dia macam kunci, remote tv, handphone dan barangan lain. Bila kita bagi dia mainan dia tak nak dia nak juga benda yang saya sebut tadi. Kenapa ya?

Kalau mummy dan daddy nak tahu ini semua berkaitan perkembangan minda dan sensori si kecil di mana si kecil mula timbul rasa ingin tahu terhadap objek yang mudah menarik perhatian dia.

1. KUNCI
Kunci kalau boleh simpan ditempat yang tinggi sebab si kecil mudah tertarik dengan benda ni sebab berkilat dan kadang bila banyak kunci ia akan mengeluarkan bunyi yang menarik pada si kecil anda. Kunci sangat bahaya pada si kecil anda sebab risau dia akan telan kunci tersebut disamping kunci boleh menjadi tempat berkumpulnya kekotoran dan bakteria berbahaya.

2. REMOTE TV
Haaa yang ni memang si kecil suke nak pula yang button dia warna warni macam remote astro tu. Button remote yang menarik tu mampu menimbulkan rasa teruja dan ingin tahu si kecil tapi kena hati-hati sebab button & bateri remote tv tersebut boleh tertanggal dan membahayakan si kecil anda jika tertelan. Letak di tempat yang tinggi ya.

3. TELEFON BIMBIT
Telefon bimbit ni sama lebih kurang macam remote tv tadi sebab ada button yang menarik disamping skrin yang berwarna warni. Apps seperti youtube mampu menarik perhatian si kecil untuk bermain telefon bimbit. Bahayanya telefon bimbit ini kepada si kecil kerana kuman ataupun bakteria yang berbahaya berkumpul di telefon bimbit ini. Selain itu, ia boleh mendatangkan kecederaan kepada si kecil anda.


Macam mana nak settlekan masalah ni ?. Mummy dan daddy diluar sana boleh cuba mencari permainan plastik yang serupa dengan benda ini tadi yang bebas diperbuat dari Bisphenol A (BPA) so si kecil anda selamat dari benda berbahaya ini. 







Semoga bermanfaat 🙋🏻‍♂


#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

Friday, 15 February 2019

TOLONGLAH KEDEKUT BAYI ANDA DENGAN ORANG


“Comelnya dia… Eeee geram Aunty tengok. Mari sini nak sayang sikit boleh?.

Situasi biasa yang kita hadapi bila sedara mara atau kawan-kawan datang ke menziarahi meraikan kehadiran orang baru. Habis dicium bayi tersebut tak kurang juga yang bergambar. Tapi sedar tak sedar bayi anda telah terdedah dengan risiko kesihatan dari seseorang yang kita sendiri pun tak tahu tahap kesihatannya macam mana.

Bayi tak boleh dicium ataupun dipegang macam tu je sebab sistem imun mereka masih lemah dan mudah dijangkiti penyakit. Ada yang anggap benda ni remeh je padahal ianya memberi impak yang besar. So mummy daddy diluar sana tolong kedekut sikit anak tu dengan orang.

Kenapa tak boleh cium atau pegang bayi tu sesuka hati ?

1. VIRUS DEMAM, BATUK & SELSEMA MUDAH BERJANGKIT
Ketika mencium bayi baru lahir, kuman seperti batuk, selsema, dan demam boleh ikut berpindah dari mulut (air liur) ke pipi atau bibir si kecil. Disebabkan bayi baru lahir belum mempunyai imuniti sekuat orang dewasa, maka mereka lebih mudah diserang jangkitan tersebut.

2. RUAM KULIT
Ruam kulit boleh berlaku kepada bayi yang begitu sensitif terhadap persekitarannya, lebih-lebih lagi bayi pramatang atau bayi yang mengalami eczema. Oleh itu, pastikan ibu bapa juga sentiasa mengamalkan kebersihan apabila ingin memegang dan menyentuh bayi baru lahir.

3. ASAP ROKOK "BASI"
Apabila seorang perokok itu merokok, kesan-kesan nikotin masih akan terlekat di kulit dan bajunya walaupun selepas berjam-jam lamanya. Yang mengejutkan, kepekatan bahan kimia beracun yang terkandung dalam asap rokok ‘basi’ ini sebenarnya adalah lebih tinggi jika dibandingkan dengan kepekatan asap disedut oleh perokok secara aktif.

4. WAJAH BAYI KAWASAN BAHAYA
Kalau nak tahu bahagian wajah bayi baru lahir adalah amat sensitif. Penyebaran virus boleh terlekat, boleh dimasuki  melalui hidung, atau tersebar melalui mulutnya.

5. VIRUS MERBAHAYA LAIN MAMPU MENYERANG SI KECIL
Selain penyakit biasa seperti batuk dan demam, wabak merbahaya seperti meningitis, herpes, cacar air, dan sebagainya. Virus sebegini mampu mengganggu badan si kecil anda dan boleh mendatangkan kesan yang buruk kelak.

Kadang orang tak faham kenapa ada mummy dan daddy tak bagi seseorang itu pegang ataupun cium bayi mereka kerana mereka tahu risiko yang akan dihadapi kalau mereka tak ambil kisah mengenai perkara ini. So anda tak perlu kecil hati ke terasa ke sebab ini semua untuk keselamatan si kecil. Nanti bila anda ada anak sendiri anda akan rasa apa yang mummy daddy lain rasa iaitu keselamatan dan kesihatan anak lebih utama.

Semoga bermanfaat 😊

#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

Thursday, 14 February 2019

PRA-SYARAT KEJAYAAN BISNES

1. Kajian Carnegie Institute of Technology menyebutkan 85% kejayaan kewangan (financial success) ditentukan oleh “human engineering,” iaitu personaliti dan kemampuan seseorang untuk berkomunikasi, berunding dan memimpin.

2. Sementara 15% kejayaan itu ditentukan oleh kemahiran teknikal beliau. Beberapa kajian selepas itu menyokong dapatan kajian tersebut.

3. Katakan seseorang usahawan membuka bisnes memproses makanan dan minuman (F&B). Atau apa saja bisnes.

4. Mengikut kajian Carnegie Institute of Technology, sementara kemahiran teknikal usahawan itu penting, namun sama ada beliau akan berjaya dalam bisnes itu atau tidak dipengaruhi sebahagian besar oleh personaliti dan kemampuan beliau berkomunikasi, berunding, dan memimpin.

5. Antara tanda kegagalan seseorang usahawan di sini ialah apabila dia melakukan “white lies” (dia tidak berbohong, cuma dia tak bercakap benar). Begitu juga apabila dia tidak ada skil berunding termasuklah menyelesaikan konflik (conflict resolution).

6. Penerima Nobel Prize, Daniel Kahneman mendapati pelanggan lebih suka berurusan dengan usahawan yang mereka suka dan percaya, walaupun dia menawarkan kualiti lebih rendah atau harga lebih tinggi.

7. Forbes pula menyebut ada tiga perkara penting yang berperanan penting menentukan kejayaan sesebuah bisnes, iaitu EQ (emotional intelligence), MQ (moral intelligence) dan BQ (body intelligence).
8. EQ secara ringkas bermaksud kita sedar emosi dan mampu menguruskan emosi itu dengan baik. Orang yang gagal mengawal emosi di media sosial, sebagai contoh, mempunyai EQ yang rendah.

9. MQ pula merujuk kepada integriti dan bagaimana seseorang usahawan memikul tanggungjawab. Dia ambil tanggungjawab dan tidak salahkan orang lain. Dia sentiasa bercakap benar dan kurang melakukan “white lies.”

10. Sementara BQ pula ialah bagaimana kita menguruskan kesihatan dan mood. Usahawan berjaya sering menjaga kesihatannya, mendapat rehat yang cukup dan sentiasa ceria.

11. Satu lagi komponen yang tidak disebutkan oleh Forbes tetapi cukup penting ialah SQ (spiritual intelligence). Usahawan yang ada SQ tinggi sentiasa dekat dengan Allah swt, mempunyai hati yang bersih dan selalu mendoakan usahawan lain.

Kredit : Norizan bin Sharif

Wednesday, 13 February 2019

PNEUMONIA


Bila tengok anak anda terseksa untuk bernafas mesti rasa sedih dan tak senang duduk. Nak masak pun tak senang, nak tidur pun tak senang mengenangkan keadaan anak.

Tahu tak kenapa anak anda jadi begitu?. Bila anak anda mengalami situasi macam tadi, itu bermakna anak anda mengalami Pneumonia. Pneumonia ni kalau anda nak tahu merupakan jangkitan kuman pada paru-paru yang membuatkan seseorang itu sukar bernafas. Ia berlaku disebabkan saluran udara pada paru-paru dipenuhi nanah dan lendir yang menyebabkan sistem pernafasan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Pneumonia terjadi kerana jangkitan bakteria, virus, fungus dan parasit. Secara umum antara bakteria yang menyebabkan pneumonia adalah ‘Streptococcus pneumoniae’, ‘Haemophilus influenzae’, ‘Chlamydia trachomatis’,’Mycoplasma pneumoniae’ dan ‘Legionella pneumophila’. Jangkitan kuman atau virus yang menyebabkan jangkitan di hidung , batuk, selsema dan berterusan pada paru-paru.

Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang biasa terjadi di kalangan kanak-kanak di Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun. Antara simptom yang mummy dan daddy boleh ketahui mengenai pneumonia ni ialah :

1. Demam panas
2. Batuk dengan atau tanpa kahak
3. Sakit dada
4. Tiada selera makan, tidak mahu makan
5. Rasa tidak sihat, sering merengek
6. Pernafasan laju atau susah bernafas
7. Muntah atau cirit-birit

Kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan diberi oleh doktor. Bagaimanapun, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.

Pneumonia dan batuk biasa ade perbezaan tau. Kalau batuk biasa ni bunyi dia taklah "sedalam" pneumonia. Kalau pneumonia bunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam sehingga ke pagi. Kahak berhimpun kerana lebih kerap batuk di sebelah malam.

Mummy dan daddy di luar sana perlu peka dengan kesihatan anak-anak sebab kalau anda ambil mudah kelak ianya boleh membahayakan anak anda.


#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

Tuesday, 12 February 2019

PERJALANAN SEORANG IBU YANG CZER

Sedih bila ada yang kecam sorang mommy ni disebabkan dia mention nak gugurkan baby dalam perut sebab anak sekarang baru 4 bulan & bersalin czer.

Betullah tu kalo korang nak tanya, "Tak pakai perancang ke?" "Kenapa tak fikir dulu sebelum bersama?" Protection pun dah kata 99% kan? Boleh ke kita melawan kuasa tuhan?

Dannnn semualah soalan yang bukan buat mommy tu senang hati tapi tambah stress. Betullah selalu tengok, yang banyak mengecam ni selalunya kaum sendiri. Dapat apa tak tau.

Sejujurnya kita sendiri pernah ada niat macam tu sebab fikirkan luka czer. Tapi jauh di sudut hati sedih sangat dan terus cakap dekat suami takpe, kita teruskan. Masa  si adik 4 weeks dalam perut, si abang baru 7 bulan.

Terus jumpa pakar. Kena tegur dengan doktor tu biasalah, terima je. Cuma doktor awal2 dah bagi tahu towards the end nanti bila perut dah besar, akan rasa sakit dekat bekas czer lama. Just prepare untuk menahan sakit tu.

Setiap dalaman kita punya kekuatan yang berbeza-beza. Lepas dah rujuk pakar tu kita ikotlah nasihat part mana kena jaga, kena hati-hati. Suami tolong main peranan. Jangan tahu sedap time bersama je.

Alhamdulillah, sakit penat tu Allah je yang tahu. Dengan orang sekeliling ada yang tak faham atau buat2 tak faham tolak tepi. Allah tidak akan pernah lupa bagaimana kita sakit dan Allahlah yang Maha menghargai kita.

Berdoa banyak2 agar dipermudahkan. Kelilingi diri anda dengan orang2 yg positif. Geng bawang memang takkan berhenti mengecam. Dan jadikan pengajaran untuk next plan bila pregnant. Darah muda, jiwa gelora katanya. 🤣

Cuma memang lepas czer si adik tahun 2014, doktor dah bagi tahu dinding dalam dalam perut tipis, kena gap dalam 3 tahun. So dah pernah rasa kan before this? Jadi berhati-hati di jalanraya. 😂

Sakit dan penatnya bila time kecik2 tu dengan memasing tak faham bahasa lagi, memang letih. Manisnya bila kita tengok dorang sama2 membesar.

Dan mamanya masih cuba tak selalu sangat bertukar jadi singa, harimau mahupun hulk. Huahuahua..

Kita sebenarnya kuat jika kita selalu berfikir begitu. Allah kan ada? 🤗

Nenas, Mamajuju 🍍


#selalukuat #selalupositif #mamaanakdua

NAMPAK OK TAPI SEBENARNYA TAK

Harini kita off topic sikit.
 

Mamajuju nak share isu berkaitan kesihatan mental kita iaitu Anxiety Disorder. Ada yang pernah alami dan tak kurang juga yang sedang alami penyakit ni tapi mereka tak sedar pun mereka sedang lalui penyakit ni.

Kalau nak tahu Anxiety Disorder ni bermaksud kebimbangan yang berlebihan sehingga menganggu aktiviti seharian. Perasaan bimbang ni normal dalam kehidupan seharian tapi bila terlalu bimbang yang berlebihan ia akan menjerumus kita ke Anxiety Disorder.

Macam mana saya nak tahu saya menghidap Anxiety Disorder ?. Kebiasaannya bila seseorang itu mempunyai Anxiety Disorder, mereka akan :

❌ Jantung berdengup laju
❌ Cepat stress
❌ Sentiasa berasa terancam
❌ Susah nak fokus atau berfikir
❌ Kejang otot
❌ Tak boleh tidur
❌ Cepat panik
❌ Badan lesu dan letih

Anxiety Disorder ni bukan saja boleh merosakkan badan kita tapi ia mampu mempengaruhi personaliti kita dimana ada beberapa kes yang menunjukkan Anxiety Disorder akan membuat seseorang itu menghidap penyakit yang serius iaitu Schizophrenia & Bipolar Disorder.

Jika anda mempunyai tanda-tanda macam Mamajuju ceritakan ni, segeralah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat serta melakukan pemeriksaan kesihatan. Kesihatan mental juga penting bukan setakat tubuh badan sahaja kena balance antara dua ini.

Pesanan ini ikhlas dari kami Minyak Herba Asmak






#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

BUKAN FB JE TEMPAT MERAIH DUIT

Usahawan yang mula mengundur diri daripada aktif di FB personal itu bukan bisnesnya rugi.

Tidak semua begitu. Ada yang berganda lebih laju. Mereka ada aktiviti lain yang lebih bernilai tinggi untuk mereka buat.

Setiap bisnes unik. Tidak sama. Bukan semua perlu aktif di FB profile untuk raih juta-juta.

Saya?

Masih aktif di FB profile ini. Cuma dahulu 5x posting sehari. Kemudian menjadi 3x sehari. Sekarang 1x sehari secara purata. Ada masa hanya 3x seminggu.

Ada aktiviti lain yang lebih bernilai tinggi berbanding di profile. Semua keputusan berdasarkan data dan result yang diperoleh.

Lain bisnes lain data. Lain juga game plan dan strategi dalam kepala.

Sentiasa buat penambahbaikan. Usah selesa dengan cara yang sama. Di situ datangnya perbandingan untuk kita buat keputusan lebih baik.

Hasbul Arif

Monday, 11 February 2019

"MA, SAKIT PERUT."

Throwback weekend lepas.
"Ma, perut Mueed sakitlah. Macam tak boleh nak berdiri."

So pelan-pelan kita gosok & oles dekat perut si abg. Pastu ulang kali kedua. Biarkan dia baring dalam 30 minit sambil usap2 belakang badan juga nak bagi rasa lega tu.

Alhamdulillah lepas tu tiba2 dia nak bangun. "Dah okay ke perut tu? Mueed baringlah lama sikit."

"Dah ok dah ma, tak sakit macam tadi dah."

Alhamdulillah SETIAP SAPUAN MEMANG BERMAKNA. Bukan nak guna untuk #ASMA #BATUKKAHAK & #SELSEMA je. Tapi kita guna juga untuk #KEMBONGPERUT #SAKITPERUT. Nak buat macam #MINYAKTELON pon ok tau. 🤗

Setiap rumah, setiap family mesti kena ada. INSHAALLAH BERKESAN & MUJARAB.

📲http://asmakgonaturalforabetterlife.wasap.my/

@minyakherbaasmakgombak





#AsmakByMHAMSB #Asmak #GoNaturalForABetterLife #MinyakHerbaAsmak #StokisAsmakGombak

KLEBSIELLA, APA TU?


Kalau saya sebut Klebsiella apa yang bermain difikiran anda semua?

Tahu tak apa benda Klebsiella ni ?

Mostly mungkin tak berapa familiar sangat dengan perkataan ni. Kalau nak tahu Klebsiella  merupakan sejenis bakteria yang sangat bahaya dimana ia mampu membiak dengan pantas dan boleh merosakkan tubuh badan manusia. Bakteria ni akan aktif bila sistem imun badan kita lemah dan mampu membiak 2x ganda.

Bakteria ni jenis yang sado sebab mampu hidup dalam usus manusia, saluran pernafasan dan juga kulit bertahun lamanya. Bakteria ni tersangatlah ganas sebab bila sistem imun manusia lemah ia akan menyerang habis  paru-paru, saluran kencing, ke dalam darah, ke dalam tisu sendi, membran mukus kelopak mata dan membran otak, menyebabkan proses keradangan yang kuat.

Siapa yang senang kena jangkitan bakteria ini ?. Kalau nak tahu bakteria ini selalu menyerang bayi, kanak-kanak dan orang tua tapi orang dewasa tidak terlepas dari serangan bakteria ini. Macam saya bagitahu tadi kalau sistem imun badan lemah maka bakteria ini akan aktif.

Klebsiella pneumonia (Klebsiella pneumoniae) menjangkiti paru-paru dan menyebabkan bentuk radang paru-paru yang berbahaya. Tanda-tanda penyakit awal menyerupai selesema biasa. Orang yang dijangkiti mempunyai sedikit sakit tekak dan sedikit batuk kering berlaku. Bila bakteria ni menyerang paru-paru ia akan membuatkan kita rasa macam pisau yang menikam dada sebab sakit ketika batuk ataupun bersin.

Bila makin teruk lama-lama anda akan mula batuk berdarah dan ketika itu paru-paru anda berada dalam keadaan yang sangat bahaya.  Apa faktor yang menyumbang kepada jangkitan ini ?

❌ Imunisasi badan yang lemah
❌ Kebersihan tidak dijaga
❌ Rawatan berpanjangan dengan antibiotik
❌ Pengambilan alkohol yang kerap

Apa tanda sekiranya kita dijangkiti bakteria ni ?

💀 Sakit dada ketika batuk, terasa macam ada pisau yang menikam dada
💀 Batuk berdarah. Bila keluar darah ini tanda paru-paru anda dalam bahaya.
💀 Muntah-muntah, cirit birit dan kurang selera makan.

Serangan bakteria ini tersangatlah bahaya sebab bila ia menyerang ia akan ambil masa yang sangat lama untuk sembuh dan boleh membawa maut. Nak elak bakteria ni anda kena selalu menjaga kebersihan, makan makanan yang sihat dan selalu membuat pemeriksaan kesihatan.

Semoga bermanfaat 🙋🏻‍♂


#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily

Sunday, 10 February 2019

JUS KESIHATAN JUS SEMULAJADI

Lesunya badan ni selalu ... 😟

Dah laaa lesu, perit tekak, bengkak sebab masa ni laaa rasa tak sihatnya batuk tak berhenti-henti.

Letih kan rasa macam ni?? Dah tu takkan nak terus merungut aje?

Jomlahhh cergaskan hari-hari anda dengan Jus Asmak Gold, Jus Lemon dengan 11 herba premium terpilih! 😍

Setiap 350ml sebotol anda akan dapat khasiat daripada:

✅Jus lemon
✅Epal hijau
✅Halia
✅Bawang putih
✅Bayam
✅Capsicum
✅Oregano
✅Timun
✅Echinacea
✅Stevia
✅Likoris
✅Dong quai

Kesemuanya hanya dalam satu harga yang termurah dari pasaran! 😍

Anak-anak pun berebut nak makan ubat batuk perisa ala asamboi. Mommies pun tak payah terpekik-pekik nak panggil makan ubat, nak kepit-kepit anak sebab nak paksa makan ubat.

BERMINAT?
.
.
📲http://asmakgonaturalforabetterlife.wasap.my/
📲http://asmakgonaturalforabetterlife.wasap.my/
📲http://asmakgonaturalforabetterlife.wasap.my/








#AsmakByMHAMSB #JusAsmakGold
#AnakSihatHatiTenang #WeAreFamily #Asma #Semput #Lelah #batukkahak #selsema

Saturday, 9 February 2019

SENTUHAN SELEMBUT BELAIAN IBU

Comel tak #TRIALSET #ASMAK #BABYCARE ni? Ada mommies yang concern tentang produk bayi apa yang selamat untuk si comel kan? Bebas bahan kimia berbahaya pulak tu. Jawapannya ada pada baby care ni.


KELEBIHAN ASMAK BABY CARE

👶SHAMPOO BABY TOP TO TOE👶

💕Aqua - Menjadikan rambut lebih halus, lembut, dan ringan
💕Menjadikan rambut wangi setiap masa
menutrisi rambut dengan sempurna
💕Mengurangkan rambut gugur dan menyihatkan rambut
💕Merawat masalah rambut sensitif

💕Eucalyptus oil (minyak kayu putih) - Mengurangkan kulit kepala gatal dan mengatasi masalah kutu pada rambut

💕Chamomile flower - mengatasi kelemumur atau kerak kepala bayi dan merawat ekzema

💕Rose flower - memberi kelembapan pada kulit kepala dan rambut, mewangikan rambut, dan mengatasi keradangan kulit kepala.

💕Vit E - menyinarkan rambut, melebatkan rambut, mengurangkan masalah rambut kusut dan bercabang, menyihatkan rambut dan menguatkan rambut.

💕Jojoba oil - melembutkan rambut, mengatasi masalah rambut kering, dan meningkatkan pertumbuhan rambut,

💕Apricot oil - melembapkan rambut, memelihara rambut hingga ke akar dan menyinarkan rambut.

👶LOSYEN BABY👶

💕Aqua - memutihkan kulit, mempercepatkan proses pemulihan luka, menghilangkan parut luka

💕Emullium delta - Mencerahkan&memutihkan kulit,membuat kulit lebih bersih dari sel2 kulit mati,penghalang sinar uv , mnghaluskan kulit

💕Clove oil - Sumber antioksidan, menjadikan kulit lembut dan menghilangkan bekas-bekas parut

💕Ginger oil - melega gangguan kembung perut, menjadi penahan rasa sakit, boleh dijadikan sebagai antiseptik, baik pulih sistem pernafasan

💕Portulaca ext - membuang sel kulit mati, mencerahkan kulit, manjadikan kulit berasa lembut

👶Asmak Baby powder👶

💕Kaolin - keradangan kulit tertentu seperti merawat lecet, bisul , dan keradangan kulit

💕Ekstrak Portulaka - mencegah bakteria

💕Papaya ext - membuang sel kulit mati, mencerahkan kulit, manjadikan kulit berasa lembut

💕Lavender essential oil - mengurangkan penyakit proriasis, menyembuhkan luka dan sunburn, mengurangkan kegatalan pada kulit

Nak cuba? Mudah nak bawa ke mana-mana juga! 😍🤗

📲http://asmakgonaturalforabetterlife.wasap.my/
📲http://asmakgonaturalforabetterlife.wasap.my/
📲http://asmakgonaturalforabetterlife.wasap.my/

#AsmakByMHAMSB #AsmakBabyCare #BabyCare #TrialSet #GoNaturalForABetterLife #WeAreFamily

BATUK KOKOL

Siapa pernah dengar mengenai Batuk Kokol 100 hari ?

Mende tu ??

Ni saya nak share dengan mummy dan daddy kat luar sana. Batuk Kokol ni atau mat salleh panggil Whooping Cough adalah disebabkan oleh bakteria pertussis (Bordetella pertussis) yang menyerang kerongkong dan saluran pernafasan penghidapnya. 

Akibatnya, seseorang itu akan mengalami batuk teruk, kerap muntah dan keadaan ini mungkin berlarutan sehingga tiga bulan. Masyarakat Melayu satu ketika dulu menamakan jangkitan bakteria pertussis ini sebagai batuk kokol 100 hari.

Menurut pakar perubatan keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata bila seseorang itu dijangkiti bakteria ini, ia boleh berlanjutan sehingga beberapa minggu kadang berbulan juga. Secara klasiknya batuk itu dikenali sebagai batuk 100 hari, kerana kanak-kanak akan batuk sehingga mencecah tempoh itu.

"Kematian akibat daripada penyakit ini kerap berlaku dalam kalangan bayi berumur di bawah enam bulan. Komplikasi pertussis yang teruk adalah sawan tarik, pendarahan dalam mata, kerosakan atau radang paru-paru dan kerosakan atau radang selaput otak (meningitis)."

Beliau berkata, kes batuk kokol dianggarkan membabitkan 20 juta seluruh dunia dan agak menyedihkan kerana 90 peratus daripada kes itu berlaku di negara sedang membangun. 

Malaysia katanya tidak terlepas daripada kejadian batuk kokol ini malah data yang diperoleh daripada statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendapati kebanyakan negara yang mempunyai liputan vaksin DPT (difteria, pertusis dan tetanus) yang rendah, kes batuk kokol meningkat.

Pertussis ini boleh dielakkan sebenarnya dengan memberikan imunisasi kepada bayi anda  seawal 2, 3, 5, & 18 bulan. Mereka yang bergejala juga katanya dinasihatkan tidak mencium bayi kerana bayi berisiko tinggi mendapat jangkitan pertussis. 

Segera dapatkan rawatan sekiranya mengalami gejala penyakit itu untuk mengelakkan kesan lebih buruk.

So mummy dan daddy di luar sana pastikan anak anda dilindungi dengan secukupnya ya 😉

Semoga bermanfaat. 🤗


Sumber : Harian Metro

#info #batukkokol
#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeAreFamily
#StokisAsmakGombak

TIPS BISNES, TIPS SIMPLE

Nak menjual?

Jangan  terus menjual.

Sebab?

Confirm customer awak akan lari, malas nak dengar leteren awak tu.

Dah tu, macam mana?

Haaa..

Ni tip Kak Siti buat.

Tanya dulu apa masalah yang cust tu sedang alami.

Selami luahan hati dia.

Biar kita menjadi pendengar yang bagus.

Lepas tu, baru share kebaikan product kita..yang bersesuaian dengan kehendak dan masalah yang ia alami.

Dengan cara gini, mudah lah terjadi nya close sale.

Tembak pada sasaran yang tepat!

Bukan melalut ke sana sini bercerita.

Customer dia sedang buntu.
Dia nak kita bantu.

Di mana ada masalah, di situlah peluang sebenarnya.

Nampak tak?

Mudah bukan.

Apa pun Kak Siti nak pesan, lakukan lah dengan HATI.

Jangan terlalu menampakkan sangat, awak paksa customer tu untuk membeli.

No.

Confirm dia lari.

Itu lah maksud Kak Siti tadi.
Lakukan dengan hati.

Dapat sesuatu?
Sila buat.

Moga murah rezeki awak yang membaca post Kak Siti ni.

Amin.

#TipBizTipSimple
#YakinlahRezekiDariAllah
#StokisPremium

Kredit : Siti Raezah Ismail

ANAK TANTRUM : JANGAN GELABAH


Kanak-kanak ni kadang-kadang susah kita nak ramal perangai dia. Kejap okay kejap tak lepastu okay balik. Bila tak okay dia mula keluar tantrum dia. Habis semua benda dia lempar dia sepahkan.

Sebagai ibu bapa, saya minta anda jangan cepat melenting. Lagi anda melenting lagi dia menjadi-jadi. Menurut Dr Harlina Bahar, Pakar Perunding Psikitiari Kanak-Kanak & Remaja tantrum biasa terjadi pada pada kanak-kanak yang berumur 18-48 bulan.

Bila anak sedang tantrum, perkara pertama anda kena buat ialah bawa bertenang. Kalau anda pun tak sabar lepastu melenting benda ni akan memburukkan lagi keadaan. Antara perkara yang anda boleh try untuk redakan tantrum anak anda ialah :

✅ Kena tahu punca kenapa anak anda mengamuk
✅ Sibukkan anak anda dengan sesuatu
✅ Alihkan perhatian mereka dengan tunjukkan video kesukaan mereka atau apa sahaja.
✅ Jangan layan tantrum anak. Anda kena bertenang sebab lama-lama mereka akan diam sendiri.
✅ Dengar apa yang anak anda nak cakap atau luah kan. Jangan buat tak tahu , kesian mereka.
✅ Pastikan tidur anak anda cukup. Kalau tak cukup tu punca dia mengamuk.

Selepas anak anda dah relax dan tenang, anda boleh cakap dengan dia mengenai tingkah laku dia tadi. Nasihatkan dia secara baik dan jangan tinggikan suara. Bila anda tinggikan suara nanti dia makin nak buat.

Pokok pangkalnya jadilah seorang ibu bapa yang tegas tapi memahami dalam masa yang sama. 


Semoga bermanfaat ya.

Pesanan ikhlas dari kami Minyak Herba Asmak

#MinyakHerbaAsmak
#AnakSihatHatiTenang
#WeArefamily

Friday, 8 February 2019

SETIAP SAPUAN AMAT BERMAKNA


ALHAMDULILLAH. 

Risaunyer bila bayi tak dapat keluarkan #kahak. Bagaikan nafas tersangkut-sangkut di tekak. Nasib baik ada, #MinyakHerbaAsmak. Selepas sapuan, akhirnya muntah keluar semua kahak. Nafas menjadi LEGA. Bayi mulai mengukir senyuman semula. 

Siapa sangka kandungan #Habbatussauda dalam Minyak Herba Asmak sangat BERKESAN. Membantu mengurangkan keradangan saluran udara, mencairkan kahak dan menghalang rembesan mukus berlebihan. Rasa sayup-sayup berangin memang SELESA. Tidur anak pun menjadi lena. 

#Kredit Video : Rofiah Zakaria

 

#SapuSapu Ja Kahak Cair
#MinyakHerbaAsmak Bagus utk cairkan mukus berlebihan. Ada #Habbatussauda dalam minyak ni.
#Sembelit #Asthma #Resdung #BatukKahak #Semput boleh guna minyak ni. Alhamdulillah ramai yang serasi.

Rm19 ajer 😍
Peyemmm Mamajuju okay. Tq

📲http://asmakgonaturalforabetterlife.wasap.my
📲http://asmakgonaturalforabetterlife.wasap.my/
📲http://asmakgonaturalforabetterlife.wasap.my/

MANA SATU NAK PILIH?

Nak tanya.
Kalau diberi pilihan nak beli yang 250ml dengan harga RM58...

...atau 300ml dengan harga RM39?

Ni lah keputusan yang Mamajuju buat dulu lepas #ShampooBungaRayaPlus keluar sebagai produk terbaru dari Asmak. Terus tukar!

Shampoo yang dulu pun suka sangat sebab memang serasi. Tapi kalau kita jumpa shampoo semulajadi yang jauh lebih murah dan sama kualiti, kenapa kita tak cuba kan?

Dari rambut gugur teruk, sampai naik botak tengah kepala, Alhamdulillah sekarang dah kurang. Bau semerbak bunga raya tu toksah cakap lah. Kalau pakai tudung seharian & berpeluh pun, wangi bunga raya tu still melekat.

Lagi best kalau digandingkan sama ada dengan #SevenisHairOil atau #HairMosturizerWithSerum

Kalau shopping baju, kasut, handbag nak nampak cantik, takkan rambut tak nak jaga elok2 juga kan?

@minyakherbaasmakgombak

==> http://60193392160SetRawatanRambutOhsem.wasap.my/
==> http://60193392160SetRawatanRambutOhsem.wasap.my/
==> http://60193392160SetRawatanRambutOhsem.wasap.my/









#AsmakByMHAMSB #AsmakHairCare #BungaRaya #kelemumur #rambutgatal #rambutkusut #rambutrosak #spadirumah #codgombak #codbatucaves #codselayang

ANAK SELSEMA BATUK BERKAHAK?

Macam mana #Minyak #Herba #Asmak boleh bantu menghilangkan kahak?

Meh sini nak jelaskan. Minyak Asmak ada bahan semulajadi yang premium seperti #habbatussauda,#MinyakZaitun,#Gamat dan #MinyakKelapaDara yang bagus untuk selsema batuk kahak.

Jadi caranya, hanya sapu Minyak Asmak secara konsisten dan kerap pada dada, hidung, kaki, leher dan belakang.

Ia akan membantu untuk #MENCAIRKAN #KAHAK tersebut.

Bila dah cair, ia akan mudah untuk dikeluarkan dengan

1. #Muntah

-Sebab bila kita pun rasa ada cecair banyak dalam tekak, rse nk muntah. Macam tu jugak baby.

2. #Melalui najis.

- Bila dah cair kahak, dia boleh turun melalui najis jugak. Sebab itulah ada najis yang berlendir

3. #Melalui hingus

- Jangan terkejut pulak lepas sapu Minyak Asmak, hingus makin banyak. Sebabnya kahak tu dah cair. Tugas parents kena sedut hingus. Kalau tak dia akan berkumpul jadi kahak balik.

Lain budak, lain cara untuk dia keluarkan kahak tersebut. Jadi kita kena perhatikan anak kita jenis mcm mne. Kalau mudah ikut najis xpe. Tapi kalu melalui hingus, mak ayah kena sedut hingus tu.

Jangan biarkan kahak lama dalam dada, boleh menyebabkan jangkitan paru-paru, serta masalah lain yang lebih serius. Jom ikhtiar.

Sesuai untuk semua peringkat umur.. Cubalah sebotol, pasti berbaloi.👍👍😊

#MinyakHerbaAsmak





kredit : Mieylah Mamat

BILA ISTERI TERLALU BERDIKARI, SUAMI SENANG HATI ATAU TUNJUK KELEMAHAN SENDIRI?


Menjadi fitrah seorang isteri untuk menghormati dan mentaati seorang suami. Tetapi sudah menjadi satu trend isu-isu seperti isteri yang derhaka pada suami dalam keadaan sedar mahupun tidak. Ada di kalangan isteri yang merasakan mereka tidak melakukan apa-apa tetapi dari sudut suami, adanya bibit-bibit atau ciri-ciri isteri derhaka. 

Namun salah satunya sedarkah kita yang hari ini peranan seorang isteri seolah-olah menjadi lebih besar dan terbeban berbanding seorang suami? Harap penulisan ini dibaca secara terbuka dengan hati dan bukanlah berniat untuk menyalahkan sesiapa.  Cabaran kehidupan pada hari ini mendorong para ibu untuk sama-sama membantu suami keluar mencari rezeki. 

Ya benar, perlu ikhlaskan hati. Tapi bagaimana ikhlas itu untuk selalu kekal jika dari hal urusan di pejabat sampai ke rumah diuruskan oleh seorang isteri? Tak kurang isteri yang lebih memilih kepada cara, “tak kuasa nak bercakap lagi”dan mengambil initiatif untuk lebih berdikari dan menguruskan semua serba-serbi sendiri? Pada mata suami anda mungkin nampak si isteri seorang yang berdikari. Tapi bagaimana pandangan masyarakat sekeliling? 

Memilih bangga mendapat isteri yang berdikari atau sengaja menunjukkan kelemahan diri sebagai seorang suami? Bahagia itu memang perlu dicari, tapi bahagia yang macam mana jika beban menguruskan perihal rumahtangga hanya dipikul seorang isteri? Tak mustahil dari bahagia boleh bertukar derita. Mungkin di suatu peringkat isteri mula merasakan, “Ada suami tak ada suami sama je.” Dan begitu mudah seorang suami pula menjatuhkan gelaran isteri derhaka pada isteri. 

Ada kebaikannya bila seorang isteri mampu berdikari kerana kita takkan pernah menjangka jika suami pergi dahulu dijemput ilahi, sekurang-kurangnya si isteri lebih bersedia. Namum terlalu berdikari juga memungkinkan hubungan suami isteri menjadi semakin hambar dan perasaan cinta hilang tanpa kita sedari. 

Dan jika seorang isteri itu rapuh hatinya kerana hilangnya tempat dia berharap, tak mustahil akan muncul pula orang ketiga yang dirasakan lebih memahami. Sekali lagi, isteri juga dituduh melulu curang tanpa usul periksa. Menginginkan sebuah keluarga sakinah adalah impian setiap cita-cita pasangan suami isteri. 

Namun jika segala beban ditanggung oleh seorang isteri yang merasakan, “Aku selesa berdikari, buat semua sendiri,” tak mustahil suami mula ambil mudah segala tanggungjawab, bersenang-lenang lepak minum dengan kawan-kawan, balik rumah duduk santai sambil menonton tv. Di mana sakinahnya? 

Dan bila isteri mula meluahkan pada kawan-kawan, mula dikatakan tidak pandai menjaga aib suami. Jadi perlu disimpan, diperam? Dah bila dah terlambat, tak mustahil keadaan ketika itu akan bertambah buruk. Tetap, seorang isteri itu dianggap salah. Hanya dia yang bersalah di mata masyarakat.

Dalam rumahtangga yang dibina, konsep memberi itu perlu seimbang untuk mewujudkan kerukunan sesebuah rumahtangga. Kalau hanya “all out” di sebelah pihak, mulalah timbul isu ungkit mengungkit. Sedangkan si isteri tak berniat begitu. Tetapi kerana ada hari yang terlalu meletihkan, maka terhamburlah segala kata-kata yang tidak sepatutnya. 

Perkahwinan itu adalah untuk melengkapkan antara satu sama lain kerana kita hamba-Nya yang dilahirkan tidak sempurna. Seorang isteri yang berdikari memang untuk kebaikan bersama. Tetapi bukanlah tiket untuk seorang suami berasa selesa. 

Indah & manisnya sebuah perkahwinan kerana adanya sikap bekerjasama dan toleransi. Ibaratnya seperti sebuah kapal yang perlu nakhoda yang cekap dan anak kapal yang sentiasa bersedia. Walau bagaimana hebat badai melanda, kapal mungkin karam tapi kru-kru kapal masih dapat diselamatkan.

Love, Mamajuju
15/1/2019, jam 10.48am